Lighter dan marketnye!!!

Posted by - a.t.e.r - | Posted in | Posted on 1:23 PM




Dulu kalau nak hidupkan api,orang pakai batu. Tapi tu dulu la. Pastu upgrade sikit daripada pakai batu,diciptanya pulak mancis. Xtau la zaman sekarang ni orang kenal mancis lagi ke x,kan. Jangan terkejut pulak, ade budak zaman sekarang ni yang xkenal mancis. Pendek akal ko dik. haha! Tapi cerita pasal mancis ni pon da lame da wujud. Ade jugak kdai runcit sekarang yang da xjual mancis. Da maju ke Malaysia ni sampai mancis pon da xde jual lagi? hahaha.



Sekarang ni da xmaen lagi da mancis2 ni. Ape barang pkai mancis,malu la guna mancis klau nak bakar rokok(kepada perokok sahaja)kat shopping compleks. Xde klas katenya. So, dari mancis, tercipta lah pulak pemetik api yang dipanggil "lighter". Pendek umur la klau lighter pon xknal.

Dulu lighter murah je, berapa puluh sen la gaknye kan sebelum jadi RM1.20. Tapi klau kat 7E mahal sikit la, ade RM2.40, lighternye same je dengan lighter kat kdai2 biasa tu. Xtau la ape yang buat mahal. Ade emas ke? haha.

Beberapa tahun lepas, kawan2 Mr.A semuanya ber'lighter' sebab dorang semua "smoker". hahaha. Bila dorang nak bakar rokok, masing2 keluarkan lighter sendiri. Ala, lighter yang biasa tu, lebih kurang 3 inci la kot. Murah je, setakat xsampai seringgit tu bole la beli 3-4 lagi, kate dorang la, time beberapa tahun lepas la. Tapi sekarang berbeza da.



Klau sekarang pulak, laen da caranye. Lighter yang satu tu pon da susah nk bagi kawan pkai. Klau dulu, kawan xde lighter, berebut-rebut yang laen nak bagi pinjam, macam lembu nak masuk kandang Mr.A tengok. Sekarang ni sori la, xde lagi da macam tu. Da macam duduk dalam hutan sorang2 je rasa. Alasannya takot lighter hilang. Ade jgk bagi pinjam, tapi ade charge, sekali petik 20sen. Haha, kelakar la orang zaman sekarang ni.

Ni pulak cerita pasal lighter zaman sekarang ni. Dulu lighter orang pakai semuanya bole masuk poket seluar. Tapi sekarang x lagi da. Ade lighter xmuat nak masuk poket. Lighter yang saiz 3 inci tu da 'membesar' da sekarang ni. Ada lah lebih kurang 4-5 kali ganda besarnya daripada lighter normal tu. Cube bayangkan. Wahhh, besar nya.

Aritu, Mr.A nampak kawan pkai lighter besar tu. Terkejut la jgk 1st time tengok lighter besar cmtu. Lalu ditanya harganye berapa. Kawan Mr.A pon kate, 'RM10 der'. Hah, biar betul? Kat mane beli? Mahal2. Lalu dirampasnya lighter tu dari tangan Mr.A. Dengan sombongnye kawan Mr.A ni gunakan lighternya yang 'gabak' tu untuk bakar rokok, jer. Fuh, kerek je, macam asap keretapi asap rokok dia. Kat 'Pahlawan Walk'(Uptown kat Melaka) katenye nak beli lighter tu. Terus Mr.A ajak dia pegi kat situ, alang2 da dekat, singgah je la, kan. Betulla, RM10.


Esoknya, Mr.A bangun tdo tengah hari (terlajak), mandi, then terus keluar g kedai nak beli barang. Masuk je kedai tu, Mr.A angkat barang then terus g kat counter nak bayar. Tiba2, hah, Mr.A ternampak lighter yang gabak tu ada jual kat kedai tu. Lalu ditanya lah harganya. Dengan selamber hawau pakcik kedai tu jawab, '4 ringgit je dik'. hah? cam xcaye. Dengan selambernya Mr.A pun belilah, terus bawak pegi rumah kawan yang kerek tu, tujuan nak kerek ngan die je. Bukan sebab laen. Haha. Dengan muka konfiden Mr.A cakap betul2 depan muke die sambil pegang lighter tu, '4 ringgit je der gua beli'. Lalu Mr.A pon bongkau(blah) dari situ. Terpinga-pinga kawan tu dengar lighter 10ringgit leh jadi 4ringgit.


Pesanan penaja. Hah, laen kali jangan maen bantai je beli, relax dulu beb, servey dulu, baru beli. 4ringgit jadi 10ringgit? 6 ringgit klau tuang minyak moto, melimpah-limpah beb. Xgitu?

Comments (0)

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts with Thumbnails